Monday 18 April 2016

Jagung Gaul Kelapa


Another nostalgic moment occurred last week! My mom suddenly cakap nak makan jagung gaul kelapa, bila aku bagi tau yang aku nampak ada orang jual jagung on my way to Penyabung bila nak gi makan sata.  Hmmm I haven’t had this for a looooong time.  If I remember correctly, the last time I had this, was when I’m still schooling.  This is a fading heritage, of something our people no longer crave for.  You don’t see this anywhere, at least not often or perhaps, comes once in every 10 years.  Our youngsters can never recognised this other then sweet corn in a cup, or jagung rebus or bakar,  maybe also popcorns too – that is the best they can bet! Haha

Nak di jadikan cerita, one fine afternoon (cewah .. mcm narrator dalam Walt Disney pulak).  Adalah sorang abang ni naik motor dengan bakul kat belakang duk ponnnn ponnnn! Jual jagung dari rumah ke rumah.  Dah namanya rezeki kan… datang bergolek jugak.  Tapi eventually jagung ni kami rebus juga. 

Lepas beli, aku pun apa lagi, pegang jagung dua tiga ikat, sambil gelek inul depan mak aku nyanyi lagu Zaleha Hamid

Mau yang panjang atau yang pendek
terserah saja maunya anda
Mau yang besar atau yang kecil
yang tua enak yang muda asyik

Musim hujan paling asyik bakar jagung
pergi camping paling asyik bakar jagung
Berduaan sama pacar makan jagung
Nonton filem layar perak makan jagung

Rasa happy bila tengok mak aku gelak terkekeh kekeh …mendapat jugak sebatang jagung atas kepala akak ipar aku baling.  Geram tengok kelakuan aku.  Hahaha… Senario macam ni memang biasa dalam keluarga kami, adik beradik dan ipar duai memang rapat.  Bergurau 6 hari seminggu, bergaduh sekali seminggu!

Jagung yang guna untuk gaul dengan kelapa ni adalah jagung kering (boleh guna jagung ayam atau jagung tua). Nah cara buat jagung ni mudah aje..

Bahan-bahan:

Dua mangkuk jagung kering/tua
Semangkuk Kelapa Parut Putih
Gula Pasir ½ mangkuk (atau ikut tahap kemanisan yang korang suka)
½ sudu teh garam

Cara-cara :-
Rebus jagung sampai pecah perut (kemudian toskan)
Kalau guna jagung kering and ada unpleasant smell …gaulkan dengan larutan air kapur kemudian ramas untuk buang kulit dan toskan lalu rebus semula sampai air mendidih.

Toskan dan ketika masih panas panas tu, gaulkan dengan kelapa dan gula.  


Siap untuk di hidangkan!

4 comments:

  1. Exactly Rosdi. Ini makanan nostalgic buat kakak. Dulu zaman kakak kecik arwah mak kakak kukus letak kelapa bungkus guna daun pisang dan paper bawa pergi sekolah. Budak sekarang punya jagung letak butter dan susu mana nak jumpa style kita dedulu..

    Tapi cuba kita buat mahu mereka makan dua-tiga kali agaknya:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan rumah..
    sedapnyaaaa..pabret kita msa kecik2 ni..klu bodan [ergi psar pasir mas..mesti la beli jgung nyor ni..nak2 klu musim banjir tu, sdppnya dgn manis dan lemak tu..dh lama niat nk buat..tpi smpai hri ni xtrbuat jgk..klu guna jgung kering utk pop corn tu bleh kan en.rosdi

    ReplyDelete
  3. Assalam.
    Waduh dah lama tak jumpa jagung gaul kelapa macam ni..
    time kecik selalu jumpa ni..tapi sekarang
    macam tak ada ..nanti nak cuba buat lah...

    hahaha..part nyanyi & gelek inul tu tak boleh tahan...hahah

    ReplyDelete
  4. Jagung tua tu jagung kering popcorn ke puan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...