Monday 2 February 2015

Ice Cream Satuuuu!!

Nescafe buat aku pening.  Bukan Nescafe aje, tapi kalau minum kopi kat Starbucks ke, San Fransico ke, atau OldTown Kopitiam ke, aku mesti pening.  Memang apa apa yang berbentuk CafĂ© aku tak leh minum kot.  Tak pasti kenapa, nak kata caffeine, benda lain pun bercaffeine jugak, tak der pun pening. Biasanya aku hanya akan minum Nescafe yang kakak aku buat.  Sebab Nescafe dia buat memang power dan sedap, sampaikan aku sendiri tak boleh tolak melainkan bersedia untuk menghadapi cabaran memeningkan kepala aku. Cara dia godak air jer dah tau sedap.  Kalau tak, takkanlah sampai selang dua tiga buah rumah boleh dengar kan? Sampai kan ramai teman teman rapat cakap, kalau dengar cara godak air kat dapur dah tau siapa yang membuatnya. Hehe.

Aku ada sorang teman rapat yang aku kenal di tempat kerja yang pertama selepas aku tamat kolej, sebuah institusi kewangan yang dulunya di bawah pengurusan Idris Hydraulic.  Minah ni dengan aku memang akrab, sampaikan banyak hal peribadi dan keluarga kami share.  Hal bercakar tak yah cerita la ..Kalau orang lain, bila berjumpa siap bertukar tukar salam, tapi kalau kami, belum bukak pagar lagi dah kena maki sebakul.  Biasanya kat luar pagar aku biar dia maki aku dulu, bila dia dah masuk rumah, turn aku pulak maki dia.  Bila wanita dah mintak hak asasi yang sama dengan lelaki inilah kesan dia .. hehehe aku tak hold apa apa, maki macam aku maki kawan kawan jantan jugak.  Kata sama kann?? 

Ok, berbalik pada minah ni.  Aku kenal dah 22 tahun dah.  Dari remaja sampai dah lewat remaja ni kami masih keep in touch dan selalu menge’teh’ bila ada kesempatan.  Maklumlah tanggungjawab dia sebagai pengurus memerlukan komitmen dan masa yang banyak.  Nasib baik aku dah tidak berada dalam industri kalau tak memang jarang la jumpa.  Masa aku manage sebuah hotel kat Bandar JB ni dulu, tempat kerja kami tak sampai 5 minit jauh pun tapi nak jumpa sebulan sekali pun susah.  Masa berjumpa pun kadang-kadang di tempat kerja, samada dia jemput minum kat Hotel dia, atau aku jemput dia minum kat hotel aku.  Tapi bila kat tempat kerja masing-masing kenalah jaga kelakuan kan? Kalau nak maki pun kena berbisik bisik. Those were the days!

Isk dah jauh pulak aku walk down that memory lane.  Sebenarnya nak cerita yang Sarimah (nama minah ni), pun suka coffee .. tapi akan pening jugak.  Tapi kalau tak kena coffee tak boleh buat kerja katanya.  So, lepas hari raya tahun sudah (Ya Allah, pejam celik pejam celik dah nak masuk raya yang berikutnya kan?).  Dia call nak datang rumah.  Tapi aku bagi syarat, sebab masa tu level kemalasan aku dah melebihi paras bahaya.  Aku suruh dia buat air … dek kerana dia pun malas jugak, dibawaknya Instant Coffee ni .. Aku ok jer, janji tak payah angkat tangan tuk kacau air kan?  Bila kena seteguk macam best pulak.  So trus aku beli jadikan stok kat rumah.  Sesekali aku akan stonekan diri aku dengan coffee ni.  Sehinggalah aku buat Talam Lapis Diplomat guna Coffee with brown sugar ni … and now Ice Cream ni.  Haaaaa … datang kemaruk dia kan? Semua benda pun nak taruk coffee ni.  Housemate kata, tak nak try Coffee with Brown Sugar dan di infusekan dengan Selasih? Merasalah jugak dia kena cekut ngan aku.  Rasakan! Geram pulak kita!!

Actually, ice cream pun is not something that I ever crave for.  Kalau makan pun aku biasanya suka mint and chocolate chip flavour.  Other than that – tarukla 22 kg depan aku pun. Tak teruja.  Aku nak share this Ice Cream recipe ni bukannya apa, kalau korang buat sendiri kat rumah lebih muai! Dan.. yang pentingnya .. korang boleh adjust to your craving dengan menambahkan bahan bahan pilihan.  Tak payah lagi nak ke pasaraya dan sibuk terbelek-belek nak cari flavour apa.  Kadang-kadang bila dapat pun rasanya lebih yang artificial dari yang original.  So, kalau buat sendiri boleh taruk buah buahan favourite sekali.  Nak taruk buah hati pun boleh.  Kalau tega lah kan? Hahaha.  

Jom kita buat sekarang.

Bahan-bahan:
¼ cawan susu pekat manis
2 sachet Nescafe gula perang (korang boleh substitute dengan perisa lain mcm 3 sudu makan serbuk koko ker, atau 3 sudu makan Horlicks ke)
250 ml whipping cream


Cara-cara:
Di dalam mangkuk, satukan susu pekat manis dan Nescafe gula perang
Kacau sampai sebati
Di dalam mixer, putarkan whipping cream sampai ‘stiff’ (kaku kot dalam bahasa melayunya)
Kemudian, ambil sepertiga dari whipping cream tu dan masukkan kedalam sebatian susu tadi.  Pukul sehingga sebati.  Masa ni sebatian jadi cair sikit.
Kemudian tuangkan sebatian susu ni kedalam lebihan whipping cream tadi dan kaup balikkan (fold in) sehingga bergaul rata. (Jangan whisk ok?)
Tuang ke dalam bekas dan tutupkan dengan cling wrap.
Seju bekukan selama 5 – 6  jam atau semalaman.


p/s :- boleh digantikan dengan apa apa perisa sekali pun …






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...