Wednesday 24 December 2014

Puff Pocket Don't Copet


OK, Ignore the ‘Don’t Copet’! Part.  Saja nak try my skill in the Rhyming Division.  Sounds nice and of course appropriate.  Reason being .. bila this thing is out of the oven, banyak pulak tangan tangan yang bersimpang siur mencopet dari baking tray!  Yes, bila tengok resepi yang ada ala ala omputih ni, memang tengah mengikut halwa tekak si ToH la.  Berangan Mat Saleh sangat, padahal kulit tu macam gula perang yang aku buat ayam BBQ tu jer aku tengok.  Hahaha.  Gurau je!  

Actually benda alah ni namanya Vol au Vent! Haa… kau! BerPerancis lah pulak kita!  Atau nama omputihnya is Puff Pastry Shell.

Boleh tahan sedapnya; especially bagi aku yang mempunyai halwa tekak Melayu totok (Walaupun salasilah keturunan aku berintipatikan siam sebahagiannya) kan?  This could be something that korang boleh buat as appertizer with the filling of your choice! Tapi today aku buat creamy prawn filling. 




Bahan-bahan:
20 keping puff pastry (saiz kecil)
2 Cookie Cutter Bulat (satu saiz besar, satu saiz kecil) Kalau ada yang petak 2 saiz pun boleh (tapi tak leh panggil pastry shell lagi, panggil pastry box! Hahaha)

Method:
Dengan menggunakan Cookie Cutter bulat, potong pastry sheet untuk bahagian bawah. Sapukan dengan  eggwash.  
Potong bulatan yang kedua – tapi kali ni, setelah di potong pastry sheet tu, gunakan Cookie Cutter bulat yang lebih kecil dan terapkan di tengah tengah pastry sheet kedua yang sudah di potong bulat.  Angkat Cookie Cutter tersebut tapi biarkan sahaja pastrynya ‘intact’ disitu, jangan keluarkan.  Lapiskan di atas Pastry yang telah dipotong dan disapukan dengan eggwash tadi.  Ulangi proses ini sehinggalah semua Pastry Sheet habis digunakan.  

Frozenkan lebihan Pastry Sheet yang ada – dalam entry yang akan datang, saya akan ajarkan resepi lain pulak dengan menggunakan lebihan pastry sheet ni.  

Sapukan eggwash di atas semua Puff Pastry dan Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170 darjah Celcius selama 20 – 25 minit.

Setelah masak, biarkan dia suam suam sikit, kemudian potonglah bahagian atas mengikut bulatan Cookie Cutter yang kecil.  Masukkan semula dalam oven biar dia suam suam.  
Sementara itu, sediakan fillingnyer

Bahan-bahan Filling:
½ kg udang (buang kulit dan potong kecil kecil)
2 sudu minyak sapi
½ cawan cooking cream (heavy creampun bolehlah)
2 biji kuning telur
1 sudu the Cayenne Pepper (boleh juga guna lada sulah atau lada hitam)
Fresh Parsley

Cara-cara:
Panaskan minyak sapi dan goreng udang sebentar (jangan overcook sebab nanti bila udang kenyal sangat tak sedap) 
Kemudian angkat dan toskan.  Biarkan air udang di dalam kuali
Didalam bekas yang lain satukan cream, kuning telur dan Cayenne Pepper dan pukul sebentar.  Panaskan semula minyak dan air udang tadi lalu masukkan cream dan telur yang dah di pukul sehingga pekat.  Jangan terlalu lama nanti dia akan bergentel2 (tengok gambar … bahana sepupu aku call, tak leh buat apa dah .. so the consistency is not that right)

Sebelum angkat perasakan dengan garam.  
Akhir sekali, tabur daun parsely dan masukkan kedalam pastry pocket tu.  



Hidang! Makan! Lepas tu jangan lupa basuh pinggan!




Wednesday 17 December 2014

Steamed Egg (Telur Kukus)



In 1998, I was retrenched from  an Architect Firm in JB where I served 2 wonderful years under the ever-cool Irish Lady, Elizabeth Sarah McIlhagger.  Yes, it was a major economic downturn here in Malaysia then, where  Building and Construction Businesses were the most affected ones.  

Taking a huge leap of faith, I made my way up to KL.  There, I stayed with a Chinese family before I joined Maxis as a Call Center Consultant.  I can’t really describe the family type as the father is of  Middle Eastern muslim descendant, the mother is of a Chinese-Baba-Nyonya line who has not converted.  They have three children which is NorIman @ Villeo Soon Yat Sun, Sophia Soon Jade Li and Marina Soon Jade Kim.  So you see, they have sort of Malay/Muslim name at the front and Chinese name at the back.  Interesting family right?  Their mother, Auntie Vie (Vivian) is one of the best cooks I’ve ever known!  She turns everything into wonder (only that everything is vegetarian and she doesn’t eat meat or fish.  Only eggs).  

I learned a few wonderful Chinese dishes taught by her in which I later substituted the artificial meat or fish made by soy bean with the actual meat.  At times I missed her cooking but its disheartening that we haven’t had the chance to visit each other often nowadays.  Anyway, to honor those memories that I had with the family, I’d like to share this simple Steam Egg recipe with my blog readers.  

It is easy and cheap and fast.  Let’s indulge!

Ingredients:
2  eggs
Warm water – double the amount of the eggs
1 tsp chicken stock
A pinch of salt
A pinch of sugar
1 tsp sesame oil
Some spring onions and red chilli for garnishing

Method:
Lightly beat the egg
In a separate bowl, mix the lukewarm water, chicken stock, salt and sugar and stir until all is mixed
Slowly pour into the beaten egg
Add in the sesame oil and mix again
Bring a water in a steamer or pan into boil
Steam the steaming bowl in the steamer for about 1 minutes
Sieve the mixture into the steaming bowl
Steam the egg for three minutes and then turn off the heat
Let the egg in the steamer for another 15 minutes (don’t open the lid)

After 15 minutes, open the lid and garnish with spring onion and red chilli

**Ready to eat!**

Thursday 11 December 2014

Fried Hokkien Mee


Hari ni nak men ‘Chinese’ pulaklah.  Kalau korang tanya aku, what sort of cooking yang aku suka  my immediate answer will be local malay cuisine.  Tapi kalau korang tanya what sort of food yang aku suka – my answer will be ‘Chinese’!  Twisted kan?  Haha .. Whateverla… Tapi that’s the truth.  Memang susah nak percaya.  Aku rasa aku suka Chinese food because its light and most flavourings are subtle. I can’t get enough with just a portion so I must eat a lot of it! Only then the accumulated subtlety will give me the wholesome-ness and satisfaction.  Ok, absurd! I know!

Today nak share recipe Fried Hokkien Noodles.  I make quite a lot of this sebab tetamu ramai.  Tapi I’ll share a small portion for you all to do (kalau nak buatla kan?).  Nanti kang buat banyak banyak kasi kenyang tong sampah nak buat apa, ye tak? 

Ok, lets jump to the ingredients: (I had a long chat with my ex-colleague cum one of my good friend earlier on so not really in a chatty mood now.  Dah lenguh rahang ni).  This recipe serves 4.

Untuk Stok Udang:
3 biji bawang putih yang telah di cincang
3 biji bawang merah yang telah di cincang
4 sudu makan minyak masak
Kulit udang dari 250gm udang
1 liter air
½ sudu teh lada sulah
1 sudu gula batu (gula biasapun boleh)
1 sudu makan sos ikan
segenggam ikan bilis


Cara-cara buat Stok Udang:
Panaskan periuk atau kuali. Masukkan minyak dan goreng kulit udang sehingga naik bau.
Campurkan bahan bahan lain sehingga mendidih
Kecilkan api dan biar stok merenih lebih kurang 15 minit. 


Untuk Mee:

5 sudu makan minyak
2 biji telur di pukul
100 gm bihun (rendam sampai lembut)
250 gm mee kuning
2 cawan (500 ml) stok udang
250 gm udang yang telah dibuang kepala dan kulit (biarkan ekor)
2 ekor sotong sederhana besar (di hiris bulat)
3 biji bawang putih yang di cincang
2 sudu makan nampla sauce (sos ikan)
2 keping fishcake di hiris
1 sudu makan kicap pekat
garam secukup rasa



Cara-cara:
Dalam kuali panaskan 2 sudu minyak makan dan masukkan telur dan kacau (Macam buat scramble egg.  Tapi jangan sampai garing kang jadi mee goreng mamak pulak.. hahaha). Bila telur dah macam 3 suku masak jer, masukkan bihun ngan mee kuning tadi
Goreng dengan api sederhana kemudian tambahkan satu sudu minyak
Lepas tu masukkan 2 cawan stok udang dan goreng supaya bihun dapat menyerap stok udang tu. (Lebih kurang 1 minit – sekejap jer)
Lepastu masukkan lagi lebihan stok kacau lebih kurang seminit lagi
Bila air dah nak kering sikit .. tolakkan me ke tepi guna sudip, masukkan balance minyak tadi dan masukkan bawang putih.  Goreng sampai naik bau.
Kemudian gaulkan dengan mee.
Tambahkan sos ikan, fish cake, sotong dan udang. 
Perasakan dengan garam
Tambahkan kicap pekat.


** Sedia untuk di hidang **


Nota:
Untuk rasa yang lebih intense korang boleh masukkan taugeh dan kucai.  Aku tak taruk sebab kat rumah ni tak der.  Dah malas nak ke mini market takut Cina tu meluat, balik balik muka aku yang duk bertandang ke kedai dia sampai dua tiga kali sehari.
Boleh juga taburkan bawang goreng jika suka


Aku buat extra sambal bilis kering untuk makan ngan mee ni.












Monday 8 December 2014

Kepak Ayam Bakar Gula Perang


Korang suka makan pizza hut punya Chicken Wings tak? Perhaps your little angel? Tapi mahal kan? Jangan risau saya ada penyelesaiannya!  (Perghhh rasa macam buat voice over untuk iklan detergent pulak).  

Bukan setakat tu aje, kalau buat sendiri, you could always adjust to your liking.  Hmmm .. yang paling seronok, resipi ni sangat simple! So simple that you could almost do this sambil meniarap.  Hahaha.



Sebenarnya, bila basuh and re-arrange fridge, aku ternampak SriRacha Hot Chilli Sauce yang aku gunakan untuk buat poh piah basah hari tu.  Agak lama juga dalam simpanan.  Sebelum ToH ‘perli menusuk’, lebih baik buat sesuatu.  Takut nanti aku yang naik hantu.  (Tiba tiba teringat semalam buat jus raspberry ngan blackberry yang masam teramat.  Tapi telan jugak, sebab sendiri yang nak sangat beli masa ke Bukit Indah last week).


This recipe is called for a few simple ingredients and is perfect for a family gathering.  Korang boleh bakar guna oven atau kalau ada satay griller tu pun boleh jugak guna.  Perfect for barbecuing for a picnic! To make it more irresistible, kita tak payah perap, coat and ready to grill.  Bahan gaul pulak, some portion of it, kita guna untuk pencicah atau sos.  2 in 1!


Apa yang korang perlukan adalah:

250gm sos tomato (maggi will be a perfect choice)
80 gm gula perang
1 sudu makan cuka
1 sudu makan SriRacha Chilli Hot Sauce
1 sudu makan kicap
½ sudu serbuk jintan putih
2 kg kepak ayam (potong bahagian drummet and wingette, buang hujung yg tajam tu.  Kang tercekik pulak anak anak kita)

Apa yang korang perlu lakukan?

Campur semua bahan kecuali kepak ayam.  Gaul dan kacau sehingga gula hancur.  Asingkan 1/3 untuk dipping sauce.  Yang selebihnya gaulkan dengan ayam
Panaskan oven pada 200 darjah celcius.  Boleh panggang diatas baking sheet atau aluminium foil untuk 30 minit (balikkan selepas 15 minit).  Tapi, kalau korang nak garing or rangup2 sikit, korang boleh bakar atas cooling rack atau redai tu hah.  Kalau nak buat BBQ, bakar jer atas pembakar sate , balik balikan sehingga masak.  Lepas tu boleh curahkan sos atas ayam, atau just taruk dalam mangkuk and cicah. 

**Cuba dulu yer? Then you can say… Pizza Hut punya Chicken Wing is so going down…**

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...