Friday 28 November 2014

Perihal Tepung!

Hari ni nak bercerita hal serius sikit (tiba – tiba rasa macam important person pulak!).  Sebenarnya aku terbaca satu entry lama aku masa duduk kat KL.  Rasa tak puas hati bila ada Hamba Allah ni komen pasal tepung yang aku guna.  (Mamat tu nak tunjuk pandai tak bertempat!) Katanya aku sepatutnya guna tepung gandum cap blue key atau cap sauh, baru kuih aku akan taste right.  Then dia kata aku guna tepung lama.  Aku rasa family dia ni ada kilang gandum kot, tu sebab dia rasa dia bijak sangat hal tepung menepung ni.  Kalau ikut hati nak aje aku tepung tawarkan muka dia tu.  Biar dia tau tepung yang aku guna tu tepung penamparr!  Walhal aku ni memang guna tepung cap sauh.  Dah memang family aku satu keturunan guna, jadi aku pun guna jugakla.  Lagipun tepung ni senang sikit dapat kat mana-mana kedai.  Kalau jenama macam-macam tak semua kedai ada. 

Then hari tu, bila ke kedai menjual peralatan kek dan roti, pekerja kedai tu tak paham bila aku cakap aku nak tepung hi-protein.  Katanya tak der di jual.  Bila aku tanya tepung roti ada? Dia cakap ada! Nak ajer aku uli mamat tu macam aku uli roti kat rumah.  Dugaaaan dugaaaan!

Jadi hari ni, aku nak share info pasal jenis-jenis tepung gandum.  Entry ni untuk mereka yang baru nak bertatih dan menjinakkan diri dalam bidang pembuatan roti, kek, pastry dan biskut (sama macam aku jugak).  Untuk mereka yang dah power macam Ayu dari CurlybabeSatisfaction .. abaikan la yer.  Korang boleh tengok blog dia. Aku sebenarnya jeles jugak dengan dia ni.  Sebabnya, bila masuk blog dia .. air liur asyik bertakung jerk di bibir. Kecur…

Tepung ada bermacam macam jenis.  Bila cakap pasal tepung, terus terpapar dalam skrin visual otak kita tepung gandum.  This is the most commonly used tepung in history.  Kalau dari segi faktanya tepung ni sangat luas pengertiannya, dan banyak macam jenisnya.  Asalkan dia macam serbuk atau dedebu cinta Misha Omar tu, kita bolehlah namakan dia tepung.  Debu atau serbuk yang halus ni boleh di hasilkan dari berbagai bagai sumber; bijirin seperti gandum (tepung gandum), jagung (tepung jagung) dan beras (Tepung beras).  Ianya boleh jugak di hasilkan dari sumber kekacang macam kacang hijau, kacang merah, kacang kuda dan sebagainya.  Dan lastly dari sumber sumber akar (maksud aku yang tumbuh di dalam tanah), macam kentang (tepung kentang), ubi (tepung ubi) dan keledek (tepung keledek).  Ini sebahagian aje ye, kalau nak listkan semua kematu jari aku nak menaip walaupun kelajuan aku menaip sama dengan kelajuan kereta Tengku Djan kat litar F1.

Hari ni aku nak bercerita pasal tepung gandum jer dulu.  Takut korang muntah-muntah pulak dengar aku bagi syarahan kat sini. Bagi mereka yang minat dalam seni pembuatan kek dan biskut, ada tiga jenis kategori tepung dari gandum yang paling penting dan patut korang tau sebagai asas iaitu Tepung Serbaguna, Tepung Roti dan Tepung Naik Sendiri

Sebenarnya perkara yang membezakan tepung ni cuma kandungan protein dan gluten serta cara pemprosesan gandum tu jer.

Tepung roti adalah tepung yang paling tinggi kandungan protein dan glutennya.  Sebab tu selain dari tepung roti orang panggil tepung ni Tepung Hi-Protein.  Ianya di proses dari pada bijirin gandum yang keras.  Signifikan kandungan protein dan gluten di dalam tepung ni adalah penghasilan doh yang elastik dan anjal.  Gluten ni kiranya macam gula getah la … tapi gula getah bukan gluten tau!  Tayar basikal pun bukan.  Jadi jangan pandai pandai cakap dalam tayar basikal atau chewing gum tu ada gluten Hahaha.  Biasanya tepung yang ada kandungan gluten yang tinggi boleh bertindakbalas terhadap yis dengan baik sebab ianya mampu membina dan mengikat struktur doh bila karbon dioksida dibebaskan ketika proses penapaian berlaku.  Ya Allah, macamana ek nak kasi penerangan dalam  layman terms? Kang kalau teknikal sangat mampus adik-adik kita yang baca ni akan rasa diorang kena jadi saintis baru boleh faham. 

Tepung Serbaguna adalah tepung yang paling banyak dan kerap di gunakan.  Ianya diproses dari campuran bijirin gandum yang keras dan lembut., sebab tu dia panggil serbaguna.  Ianya sangat serbaguna sampaikan boleh digunakan untuk buat semua jenis doh .. roti, biskut, kek dan juga pastry.  Nak buat main main baling tepung masa harijadi pun boleh.  Sebenarnya tepung serbaguna ni sesuai untuk orang yang malas nak renyah ataupun nak simpan macam macam jenis tepung kat rumah.  One type can fit all.  Gittewlahhh

Tepung naik sendiri  (tepung ni best .. kalau korang beli tepung ni banyak banyak dan tak larat nak angkut dan rumah korang pulak bertangga, suruh jer tepung tepung ni naik sendiri) Bluekkk!  Tepung naik sendiri ni sebenarnya lebih kurang tepung serbaguna jer, cuma ianya dah di tambahkan dengan ejen penaik dan juga garam.  Jadi tak  payah nak sukat sukat baking powder banyak mana nak taruk sebab masa dalam peringkat pemprosesan tepung ni, semuanya dah di tambah agar bercampur rata.

Ok, setakat ni itu jer untuk tiga tepung asas ni. Kalau ada yang nak tau jenis tepung yang lain .. kalau aku tau nak cerita aku cerita kat sini, otherwise aku buat buat tak nampak jer.  Hehe.

Apapun ada berpuluh puluh lagi jenis tepung sebenarnya.  Termasuklah dari gandum atau bahan lain.  Tapi untuk pengetahuan asas ni saya ceritakanlah yang ni dulu yer.   Otak macam dah tepu sikit, almaklumlah lama dah tak pegi sekolah.

Saya sudahi dengan sebuah lagu untuk pembaca blog sekelian:

Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar (tak pasti dia orang guna tepung gandum atau apa)
Hai beras kunyit di tabur di siram si air mawarr! ..
(Sambil feeling feeling nyanyi karaoke kat Majlis Pengantin)

Wednesday 26 November 2014

Tuna Assam Laksa


Masa aku duduk kat KL dulu, this is always something simple that will save my day as aku socialize alot.  Back then, bila ekawan still existed, I have a lot of blogging friends that I used to hang out with and plan activities.  From eating out, karaoke, bowling and holidays.  Up till today, I still keep at least 7 bloggers close at heart.  Though at times we are busy with our own lives, I will still ikut perkembangan diorang from time to time.  


Kat rumah KL dulu, I will always keep tuna in my stock cabinet.  Sebab aku selalu buat tuna sandwich and send it over to MPAJ cafes.  Sayur dan bawang lada pun memang akan sentiasa ada dalam fridge sebab either myself or Adan akan masak.  Dan kami biasanya masak during weekdays.  Weekends is a strictly for relaxing, eating out and holiday-ing!


So, whenever kroni datang mengejut!  Aku selalunya buat ini atau jemput jemput ikan bilis. Kalau tetamu belum makan, most of the time this will be the menu and kalau dah makan and just untuk ringan-ringan, jemput jemput ikan bilis akan jadi pilihan.

Asal resepi ni, aku buat masa tengah malas nak renyah.  Well kalau guna ikan nanti kena rebus dulu, then kena buang tulang, lepas tu blender and what not.  Jadi untuk cut the time aku substitute-kan ikan with tuna.  Simple right?


This portion boleh buat untuk 6 – 8 orang makan 
2 liter air
1 tin tuna (in water)
2 batang bunga kantan (boleh belah 4 atau hiris nipis)
Secekak daun kesum
Sebungkus Laksa (terpulang nak yang pakai rebus atau celur air panas-ready to eat)


Bahan kisar:
2 sudu makan asam jawa extra
10 batang lada hidup/merah
2 sudu belacan
2 biji bawang besar

Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa (optional)




Bahan hiasan di hiris halus kecuali telur dan limau:
6 biji telur (rebus dan belah 2)
6 biji limau kasturi
Sebatang timun
4 helai daun salad
1 biji bawang besar
2 biji lada merah

Cara-cara:
Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan bahan kisar bersama bunga kantan yang telah di hiris dan juga daun kesum. Masukkan tuna (kisar kasar). Rebus sehingga naik bau dan lada masak.  Perasakan dengan garam dan ajinomoto jika suka.  Tambahkan sedikit gula (sikit saja yer… jangan sampai jadi pengat!)

Dalam periuk yang lain rebus (laksa kering) atau Celur (laksa siap di makan) dan tarukkan di dalam pinggan.  Taburkan bahan hiasan, letakkan telur kemudian perah asam limau jika mau rasa yang lebih masam.  Gaul dan ngaplah sebanyak mana yang anda mau, asalkan tinggal sedikit untuk orang lain.  

** Jangan Tamak! **


Sunday 23 November 2014

Green Tea Butter Cake with Green Tea Creme Chantilly


Entry ni merupakan dedikasi khas untuk salah satu 
favourite food blogger yang aku selalu follow.  

Sebabnya, bila aku go through blog dia, banyak resepi yang gunakan green tea ni.  Be it makanan or minuman.  Well, ToH pun sama. Dia memang crazy over green tea.  Dialah pencetus green tea crave in my family.  Kalau dulu-dulu kakak and abang aku bila dengar green tea je, terus buat muka disgust.  Tapi sekarang.. amekkau! Asyik kirim jer.  Bagi ToH pulak, dalam sebulan dia akan beli 4 carton green tea.  If 1 carton ada 24, that means 4 carton ada 96 – in a month! Never mind, bila dia ‘padam’ nanti aku mandikan dia dengan green tea tu aje.  Senang!  Bila ‘cekik’ green tea ni banyak -banyak, kalau dia tak awet muda jugak, tak taulah aku nak kata apa!

Sebenarnya green tea ni banyak kebaikannya.  I guess, itu adalah antara sebab Hazila and ToH sukakan benda alah ni.  Aku pulak? Boleh tahan suka .. cuma tak tahan jer.  Tak tahan harga! Mahal ya ampun!  ½ kg jer dah RM 100 lebih!  Green tea ni asalnya dari China dan kebelakangan ni, ‘kegilaannya’ dah menular ke seluruh pelusuk Asia dan juga Eropah yang mana minuman asal mereka adalah lebih kepada Black Tea.

Green Tea ni if you look beyond it’s name, lebih dari sekadar minuman sahaja.  Ia merupakan satu ejen yang sangat sihat.  Membekalkan anti-oksida dan juga zat-zat yang diperlukan oleh badan kita.  Dia ada flavanoids yg boleh mengelakkan tubuh badan daripada terhidrasi, membaikpulih system saraf otak dan menjadikan otak lebih bijak, boleh membantu menurunkan berat badan (part yang ni aku keliru .. ToH asyik minum Green Tea, tapi kenapa berat dia tak turun? Hahaha)  Selain tu ia  jugak boleh mengurangkan risiko untuk mendapat cancer, boleh mengurangkan risiko nyanyuk bila tua, mengurangkan risiko kencing manis .. even boleh merawat kencing manis tahap 2.  Ya Allah, aku dah bunyi macam doctor pakar la pulak!?!


Kek yang aku buat guna Green Tea ni is actually a simple buttercake jer, tapi frosting dia quite nice.  In-fact the frosting tu sebenarnya ToH buat untuk 'experiment' French Choux Chantilly dia.  Tapi since I like the taste, aku suruh ToH cover my cake with that cream.  Consistentcy-nya bukanlah untuk kek.  So, ToH had trouble with the piping.  Furthermore ini first assignment dia, jadi I would consider this a job well done!  Normally cream frosting or piping is my job, but this time, I’d be happy to be the observer.  Lagipun I have this habit of tak herankan plating ataupun hiasan, yang penting rasa. I just can’t wait to cut the cake and take a bite.



Rasanya sangat significant as long as you buy a good quality green tea.  Jom kita go through the recipe

150 gm butter or margerine – your choice
150 gm caster sugar
3 nos egg
100 gm milk (fresh or evaporated – hentam saja)
200 gm self raising
1 tbs green tea powder (ayak sekali ngan tepung)




Cara-cara:
Pukul margerine dengan gula sampai kembang
Masukkan butter satu persatu
Masukkan separuh dari tepung dan kacau
Masukkan susu dan baki tepung tadi dan kacau hingga sebati
Masukkan dalam loyang pembakar yang di alas dengan kertas minyak
(Adunan ni aku buat untuk loyang 8’x3’)
Bakar pada suhuh 170 darjah selama 40 minit atau sampai masak.  (Ikut oven masing masing)

Untuk Green Tea Crème Chantilly:
250 ml krim putar
50 gm gula aising
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk teh hijau

Cara-cara:
Putar krim pada kelajuan sederhana sehingga kembang.  
Masukkan gula aising, esen vanilla dan serbuk teh hijau dan putar lagi sehingga kaku (stiff peak – aku tak tau bahasa melayu apa)


** Voila! **

Friday 21 November 2014

Ayam Belacan Goreng Terendam (Deep Fry Shrimp Paste Chicken)


This is a specialty of ToH! I made this a couple of times too, but since ToH mastered it, why should I dirty my hands in the kitchen when I can indulge in my novel while ToH is working on it kan? This recipe is super simple and is loved by many! 

Kak Lynn(yes the lazy one!) would go thru all the trouble to go to the supermarket and buy the chicken wings whenever we suggested making this recipe. The best part of all is that we don’t have to spend a single cent, as Kak Lynn will always be happy to sponsor. The only thing that we need to contribute is preparing and cooking it. But heck! Prepping time would only take about 10 minutes and 1 hour of refrigeration once the wings are marinated and then off to fry! We could eat this by it’s own or with steaming hot rice and veggies. Best to do when you’re short of time and there are ad hoc guests visiting. 

In my earlier entry (Nasi Kerabu A’la Mek Som), ToH prepared this as the side dish. We had 20 pieces of Chicken Wings and 5 invited guests as "testers". Guess What? Both the Sambal Nasi Kerabu and 20 pieces of Chicken Wings were gone in a flash. I don’t know whether to be happy or to be scared. Happy that they love it, or scared because I’m not sure what sort of creatures I have invited into the house?! Haha. 


All you need to have is just:
20 pieces of Chicken Wings. Separate the drummet and wingette and cut the tip off 
4 tablespoons of wheatflour 
10 cloves of garlic (crushed and minced) 
2 tablespoons of Pepper (you can also use black pepper if you want) 
5 tablespoons of powdered prawn paste. (If you can’t find these at your store; you can make your own. Fry the prawn paste on your wok without oil and keep on stirring until it crumbles then dry out and becomes powder) 
Salt to taste. 



How to:
In a bowl, toss your drummet and wingette with all the ingredients except flour.
Once all is coated, add flour and toss again.
Refrigerate at least an hour before deep frying.
You can also add in 2 lightly beaten egg whites if you wish.


** Happy Trying! **
 

Wednesday 19 November 2014

Nasi Kerabu Tumis A’la Mek Som


This post is a tribute to someone that cultivated, inspired and guided me in my culinary journey even till today! 
My one and only, Mek!




Any part of Malaysia, kalau sebut nasi kerabu jer, immediately the image that come to mind is nasi warna biru dengan ulam ulaman, sambal kelapa dan budu.  Some will always imagine it dengan ayam atau daging bakar and top up with keropok ikan.  But let me stop you right there!

There are few types of nasi kerabu that exists!  The commonly known as nasi kerabu to Malaysian is the one yang warnanya biru. Tapi little did they know that nasi kerabu tu orang panggil nasi ‘Kerabu Hitam’.  Kalau mak-mak kita zaman dulu, untuk menghasilkan nasi kerabu hitam ni, mereka gunakan bunga telang sebagai ejen pewarna, but since we evolved with the technology, orang zaman sekarang lebih senang menggunakan pewarna.  Lagipun nak mendapatkan bunga telang tu punyalah azab!

Then, there is nasi kerabu kuning.  Yang ini pun jarang jarang juga kita jumpa.  Tapi for those yang memang meminati nasi kerabu ataupun yang berasal dari Kelantan dan Terengganu, ianya bukanlah sesuatu yang baru.  Dua dua nasi kerabu yang saya sebutkan tadi are mostly menggunakan cili padi yang dikisar bersama cuka sebagai sambalnya dan base untuk ulam-ulaman dan juga sambal kelapa adalah sama.

Yang berikutnya adalah Nasi Kerabu Tumis! Haaaaa nasi kerabu ni yang aku nak share dengan pembaca blog sekelian.  Masa zaman aku masih sekolah dulu (Jangan tanya aku bila, sebab kalau aku bagi tau, korang mesti terus menganggap aku ni Artifak antik zaman purbakala) mak aku jual nasi kerabu ni di Kampung.  And yes, sehinggalah sekarang .. kalau handai taulan datang berziarah, mesti ada yang tak reti-reti bahawasanya Mek aku tu dah pencen.  Masih memujuk dia untuk meniaga nasi kerabu ni.  Mek aku pulak, sifatnya mudah rasa simpati.  Sesekali dia akan buat jugak. But that is the beauty of it.  What she will do is dia akan bagi tau seorang kakak ni (Kamariah) yang dia akan buat Nasi Kerabu ni on certain date.  Then this lady will inform the other and the news spread.  Two days before the day, the order will come from every inch of the kampung so that my mother will know berapa banyak dia kena buat.  Yang seronoknya .. kerja sehari pendapatan beratus-ratus.  Kalau agak agak tengah sesak dan perlukan wang segera, Nasi Kerabu adalah Jawapannya.  Tak perlu pinjam Bank… hahaha.

Nasi kerabu tumis ni hanya gunakan nasi putih.  Kalau di Kelantan, kami suka guna ‘beras usang’. Kalau korang tengok, nasi kerabu moden ni, kebanyakkannya guna ulam-ulam moden macam kacang panjang, kobis, taugeh, timun daun kesum dan sebagainya.  For me, kalau makan ulaman moden ni kurang ‘feel’.  We’re always making this a great deal that the authenticity of the Nasi Kerabu is fading along with time.  Tapi nak buat macamana kan?  Baiklah, before this entry jadi sampai dua tiga page, let me start guiding you on how to do it ok?  

Let me list down the components of the Nasi Kerabu then the ingredients ok?

 Nasi
Sambal Santan Tumis
Sambal Kelapa
Ulam-ulaman
Budu
Lauk Sampingan (ni terpulang pada korang nak tambah apa.. ikan masin, telur asin, keropok, ayam bakar, solok lada and what not.  Tapi aku tak kan buat untuk kali ni sebab kalau aku sertakan sekali resipinya.. nescaya satu entry aku boleh merangkumi 15 blog entry yang lain. Hahaha)









Bahan untuk Nasi:
Macam biasa, tanak je nasi putih.  Ikut suka hati korang nak guna beras apa.  Ikut tembolok masing masing

Bahan untuk Sambal Santan Tumis:
30 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
(kisar semua bahan di atas)
Santan pekat dari 1 ½ biji kelapa
1 keping asam keping
gula merah secukup rasa
garam secukup rasa
ajinomoto (jika suka)

Cara-cara Untuk Sambal Santan Tumis:
Jerang santan di dalam periuk atau kuali.  Biarkan sehingga ia mendidih dan berkepala (minyak akan terhasil dan santan akan jadi berketul2.  Macam nak buat tahi minyak.. tapi jangan sampai warna bertukar menjadi perang)  Bila dah naik bau dia. Masukkan bahan kisar, gula dan asam keping.  Jerang sehingga lada masak, kemudian perasakan dengan garam dan ajinomoto. Kemudia angkat.

Bahan Sambal Kelapa:
½ biji kelapa parut (goreng tanpa minyak sehingga kering dan bewarna kecoklatan.  Kemudian ramas sehingga halus
2 ekor ikan selayang/kembung (panggang atau goreng tanpa minyak)
2 batang serai (mayang halus)
6 ulas bawang merah (mayang)
halia sebesar  ibu jari (mayang)
Lada Hijau (potong kasar)
Garam dan gula secukup rasa
Ajinomot (jika suka)

Cara-cara Sambal Kelapa:
Asingkan isi ikan (buang tulang) kemudian masukkan kedalam lesung bersama serai, halia, bawang merah yang telah di mayang.  Tumbuk kasar.
Kemudian gaulkan bersama kelapa yang telah di ramas dan perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto. Campurkan lada hijau dan gaul

Ulam-ulaman:
Yang ni general.  Semuanya kena mayang atau racik halus.  Aku lebih suka guna ulam ulam kampung macam tok nenek kita zaman dulu.  In this recipe aku gunakan bunga kantan, daun selasih, daun kunyit, ulam raja (asalnya cari pucuk beruas dan pucuk gajus tapi tak der. So berpuas hati jela dengan apa yang ada), timun.

Budu:
Korang boleh opt untuk masak atau just perahkan asam limau then picit lada dalam budu. 


Cara makan:
Sendukkan nasi putih atas pinggan, taburkan ulam-ulaman, sambal tumis dan budu.  Gaul dan sedia untuk di makan.  Nampak rumit, tapi penyediaannya lebih kuran 1 ½ jam jer.



ps: Thank you Bernama for featuring My Kuih Story in your Youth Travelog Page!!



Sunday 16 November 2014

Kek Lapis Kukus Biawak Comodore (Nestum & Seri Kaya)

Bila dengar nama lapis ni jer,  mesti ramai yang seram sejuk dan geli geleman nak membuatnya.  Hahaha. Saja kawan-kawan menamakan kek lapis ni macam tu sebab colour dan juga teksturnya. Tapi biawak biawak pun, dua hari dah habis licin!  Termasuk aku sekali yang melahap.  Bila dah makan sekeping, kena kepingan yang kedua, tiga dan lagi dan lagi…  Bila bawak ke Mini 69 Café di Pandan, terus dapat order untuk hari raya.  Perghhhh … dia ingat hari raya macam bulan depan jerk!  Tapi Alhamdulillah, rezeki jangan di tolak kan?

Sebenarnya membuat kek lapis ni adalah dalam "keharusan".. masa hari Raya Puasa dulu, rakan sekolah introduce dengan sorang kakak yang merupakan jiran dia.  Kebetulan masa sambutan ‘The Blue Raya’, Kakak Chomel ni bertandang ke rumah kami.  Bawak pulak buah tangan Kaya (Dia kerja di kilang Zara Foodstuff).  Jadi, dah berbulan kaya tu dalam simpanan.  Sementelah rakan serumah aku ni tak berapa berminat dengan roti and just ‘kaya’, terpaksalah aku mevariasikan kaya yang ada ni sebelum tamat tempoh.  Tak baik kan buang buang rezeki ni.  To honest, bila dah siap korang biar semalaman dulu baru makan.  Rasa biawak komodore ni Lazat!



Bahan-bahan:
500 gm margerin (aku guna jenama Amor yang Chef Wan jadi dutanya)
200 gm gula kastor
12 biji telur (aku guna gred B)
200 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
200 gm kaya pandan
160 gm nestum
1 sudu makan coklat emulco
Pewarna biru dan hijau

Cara-cara
Panaskan air di dalam kukus
Sementara air mendidih, putar margerine dan gula sehingga kembang
Masukkan telur dan pukul satu persatu
Campurkan kaya  dan pukul sebati
Masukkan tepung yang telah di ayakkan bersama baking powder kemudia masukkan nestum dan gaul lagi.
Bahagikan kepada 3 bahagian; 1 dicampurkan dengan pewarna hijau, satu pewarna biru dan 1 chocolate emulco (kalau korang nak gantikan dengan warna lain pun tak per, tak kena bunuhnya dengan aku)
Alaskan loyang kek yang telah disapu dengan sedikit margerine dengan kertas minyak
Setelah air menggelegak, masukkan loyang kek dan taruk sedikit adunan pertama (tak kiralah nak warna apa dulu yang korang suka) dan ratakan.  Kukus selama lebih kurang 7 minit atau sehingga masak
Kemudian tuangkan adunan  yang kedua (pun ikut suka nak masukkan yang mana dulu) dan ratakan….
Ulang melapis sehinggalah adunan habis.  Aku cuma buat 9 lapis saja… kalau korang nak buat lagi banyak lapis atau lagi kurang lapis terpulanglah yer.  Citarasa masing masing .. polis tak tangkapnya kalau korang tak ikut step dalam entry ni ..
Last sekali tu kukus lah lama sikit..
Bila dah masak, kalau boleh biarlah tunggu betul2 sejuk baru di potong…

Untuk rasa yang lebih sedap… biarkan semalaman dulu baru di potong dan di makan



Tapi ingat ye.. makan sikit sikit sudah, jangan macam aku and the gang .. selagi tak tutup mata, lepas satu satu … 


Friday 14 November 2014

Sweet Bun for Bun Bun (Boon Boon)

I’ve been holding on for this recipe for years, but never once make any in my kitchen in JB.  Tapi memandangkan aku dah beli beberapa kilogram tepung hi-protein hari tu (Tamak punya angkara la ni), dan banyak lebihan lepas buat pizza, nampak gayanya kena la make use sebelum budak budak rumah ni main baling baling tepung and telur since Kak Lynn punya Birthday is just around the corner.
Resepi ni di ajar oleh salah seorang tenaga pengajar; Cik Hanim masa aku bekerja dan mengajar di salah sebuah kolej kat JB.  Kami trade recipe, aku kasi dia resepi one of my cookies and I get this one in return.

It’s a basic sweet bun dough, but for beginners, once you’ve mastered the skill of this bun, then korang boleh proceed for shaping and doing other buns macam, roti pizza, roti sosej, roti yang ada filling and what not.  It’s easy, you only need practice.

I made half a kilo of the recipe, niat hati nak buat kunyah kunyah masa tengok tv or masa bersembang sembang ngan ToH, tapi that night, dia ajak lepak kat kedai anak buah di Pasar Borong.  Since aku pun dah lama tak jumpa Danish (Cucu Sedara), I called my sister to come and meet me up kat sana so that I can bring some buns for Danish.  Tapi, I catch them a bit late, Danish dah keluar dengan grandpa nyer pegi merambu .. but the Father was on the way with the little brother.  BunBun! Hmmmm … BunBun pun ok jugak la … dia ni masih takut2 dengan aku unlike his brother.  Yelah, budak mana yang tak takut bila ‘toyol’ dekat ngan dia orang kan? Yang bestnya .. BunBun makan Bun ni 3 biji … bangga Tok Cu toyol dia tengok!


Bahan-bahan:
500 gm Tepung Roti
100 gm gula pasir
15 gm susu tepung
6 gm garam
5 gm bread improver
10 gm dry yeast
50 gm telur
230 ml air
100 gm mentega


Cara-cara :
Kalau guna mixer (dough hook), campur semua bahan dan uli sampai doh elastik
Kemudian baru campur butter dan uli lagi sampai doh jadi licin
Tutup dengan plastik dan rehatkan doh sehingga menjadi kembang sampai dua kali ganda
Kemudian tumbuk doh dan bagi bagi kan .. at this stage korang boleh timbang 30 gm for smaller bun and 40 for a bigger one
Kalau dalam gambar aku tu aku buat 30 gm and this yields more than 30 pieces
bila dah timbang ketatkan dough tu (for those yang tak pasti maksud ketatkan doh .. this is how … letak doh atas your working table di bawah tapak tangan yang di mungkumkan lalu gelekkan tangan dengan circular motion sampai dough jadi bulat dan licin.  Lupa pulak nak amik gambar as to how to do it, kalau ada illustration lagi senang kan?)
Kalau nak makan yang kosong, just atur atas loyang pembakar dan jarak jarakkan yer, sebab roti ni bila di bakar kembang nanti. Biarkan naik lagi satu kali ganda, then sapu telur atas roti dan bakarlah pada suhu 170 selama 15 minit
Tapi ingat, jangan biarkan doh tu naik tu full maximum baru di bakar, nanti dia jatuh lepas keluar dari oven and tak cantik
Kalau korang nak bentukkan atau tambah inti atau sosej, lepas dia dah naik untuk kali kedua tu, boleh la di bentukkan.
Untuk bentukkan roti tu, entry yang akan datang aku ajarkan yer? Nak masukkan dalam satu entry nanti terbeliak pulak biji mata tengok entry panjang berjela.
Masa rehatkan bun yang dibentukkan kali kedua tu, korang check2 la jugak, kalau too dry boleh renjiskan air sikit.  Tapi jangan sampai basah lencun pulak. Hehe!

Seriously, this sweet bun is nice to makan just like that, atau ikut sifat kekampungan aku yang suka cicah ngan air teh ‘o’!



**Selamat mencuba and selamat mencipta nostalgia**

Wednesday 12 November 2014

Triple Chocolate Cookies

Berminggu jugak tak update blog ni.  Bukan tak der masa, bukan tak der bahan, tapi masih belum ada semangat dan seru.  Kebelakangan ni rasa macam malas buat semua benda .. kadang2 nak makan pun malas. 
Pagi tadi, bila belek2 dan kemas rak bahan2 buat cookies dan kek, ternampak butterscotch chocolate chip and coffee chocolate chip yang beli bulan sudah, tapi tak jugak di gunakan.  Lama lama nanti expired, pastu jadi hal pulak bila kena catit dek Malaikat Atid, pasal pembaziran … kan ke tu amalan Syaitooonnn… Lepas pegang letak balik, pastu pegang semula, pastu letak balik… last last amik jugak sambil sambil pasakkan pada minda yang sesungguhnya … sifat malas aku ni bukanlah satu sifat terpuji!

Teringat pulak pada hari raya, masa kelam kabut dengan
order Chocolate Fingers yang banyak sampaikan aku yang tak der cukup rambut ni pun meresai dibuatnya!  Right after hari raya, sibuk pulak memikirkan yang aku harus substitute Chocolate Fingers ni dengan something yang lebih mudah untuk dibuat tanpa mengkompromi rasanya.  Last last aku came out with this idea of buat Triple Chocolate Cookies.  Aku namakan triple chocolate sebab aku guna butterscotch, coffee and dark chocolate dalam this recipe.  Recipe ni masih menggunakan recipe  asal dough Chocolate Fingers.  Yelah, masa aku inform ejen dan juga penempah kuih raya yang next year aku takkan jual Chocolate Fingers ni, macam2 reaksi yang aku terima.  Kebanyakkannya suruh buat untuk dia org jer, dia orang janji takkan marketkan.  Tergelak jugak aku … yelah, kalau buat untuk dia orang saja pun ada lebih sepuluh orang .. kalau sorang nak dua tiga balang, nampak gayanya meresai lagi rambut aku yang tak seberapa ni!

Without further ado, lets look at the recipe

Bahan-bahan:
  1. 125 gm butter
  2. 50 gm caster sugar
  3. 2 sudu makan susu pekat manis
  4. 1 sudu teh esen vanilla
  5. 185 gm tepung gandum
  6. 1 sudu the baking powder
  7. 40 gm butterscotch chocolate chip
  8. 40 gm coffee chocolate chip
 Bahan-bahan untuk topping:
150 gm chocolate masakan (saya biasanya gunakan Collatta dark compound)
15 gm shortening / butter

Cara-cara:
Putar 1, 2, 3 & 4 sehingga kembang atau pucat
Masukkan 5 yang telah di ayak dengan 6
Masukkan 7 dan 8 dan di kacau rata
Ambil doh sekitar 7 gm, bulat bulatkan dan letakkan di dalam cawan kertas
Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 15 minit
Biarkan sejuk seketika
Sambil itu, cairkan coklat masakan bersama shortening (boleh gunakan kaedah double boiler ataupun letak jer atas oven semasa bakar kuih.  Jangan masukkan dalam oven pulak, kang terbakar aku jugak yang kena marah!)
Bila biskut dah sejuk, sudu atau paipkan coklat diatasnya.  Biarkan sekejap .. kemudian bolehlah di cekik ataupun simpan di dalam bekas kedap udara.

This one yields about 65 – 75 pieces! 

** Yummy! **

Monday 10 November 2014

Garlic Herbs Crust Pizza

The drive to cook seeps away from me lately.  There’s a lot going on in my life at the moment that is slowly draining away my passion.  I hope that this is just going to be something temporary.  I pity ToH, despite of a busy schedule, never fail trying to cheer me up or keep reminding me that I still have good left inside of me to excel in life.  Not to mention after coming home from work feeling tired and all but still taking me to the stores to buy groceries and then cook dinner. Yeah, that’s that!  Anyways, ToH’s been cooking quite a lot of local or Asian dishes lately.  For someone who loves western cuisine, that’s odd. I never complained. I think ToH got the hang of it.  

So, over the weekend, I got out of bed thinking that perhaps I’ll let ToH rest and take back charge in the kitchen.  Sigh! Still the drive isn’t there yet, so I decided to make something simple and not Asian!  I opt Pizza!  How corny right?! While we’re having our morning tea, Kak Lynn brought up one of the funny moments we had during the last raya in JB, at Subway in Kotaraya, mentioning something about our footlong oregano bread and not managing to finish it.  Suddenly an idea came crashing to my head!  I'm gonna do a pizza dough with a gist of that herb, something rather different then a plain regular pizza dough.  


It turned out really wonderful and so, its a must share with my blog readers!




For the dough:
350 gm bread flour
7 gm dry instant yeast
200 ml water
1 tbs olive oil
2 cloves of garlic (minced)
A pinch of salt
1 tsp dried basil leave
1 tsp dried oregano leaves



I made 2 types of toppings, but I’m going to put only 1 of it since the other one is quite commonly made

Tuna and Crab filament topping:
2 tbs of butter
2 tbs of wheat flour
120 gm mozzarella cheese (and extra for toppings)
250 ml fresh milk
190 gm tuna (in water)
60 gm of crab filament
a dash of white or black pepper
Some parmesan cheese



Method for dough:
Put all the dough in the mixing bowl and using dough hook, mix everything together until it form a nice elastic ball
Let it rest for 10 minutes
Lightly floured your working table and shape the dough into a small, flat disk, then working from the center, push the dough outward using your finger or rolling pin, to make the disk larger
Then using a fork, prick the dough thouroughly (but not up to the edges)
and place on the pizza pan (well, I don’t have any so I just bake it using my baking tray)



Method for topping:
Heat the butter until dissolve then add the flour and whisk it till it dissolve
Add in cheese and milk and stir until it dissolve and thickens, add in tuna and crab filament and season with ground pepper
Spread on top of the pizza dough
Sprinkle some mozzarella and parmesan on top
Bake for about 10 – 15 minutes



**Remove from the oven and ready to eat!**


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...