Monday 11 August 2014

Mixed Herb Grilled Chicken (Ayam Panggang Herba Campur)


That night kami gelak sakan bila Abang Man buat remark “Kita ni species apa agaknya ek? Ayam sekor 5 orang makan sampai habis?”.  Yeah, to think of it, aku pun duk berfikir, kami ni species apa.    Melantak punya melantak, memang tak sedar ayam tinggal tulang jer.  Asalnya kes malas masak, nak cari benda paling senang buat, last last panggang ayam jer .. itupun licin! Phewww … tak tau tahap kelaparan kita orang mencecah berapa skala richter.

Hari ni nak kongsi resepi ayam panggang yang hanya tinggal tulang ni dengan my blog readers.  

It’s good, really.. light and tasty, yet very juicy!

Mixed Herb Grilled Chicken (Ayam Panggang Herba Campuran) – macam tak kena nama Melayu dia kan?


Bahan-bahan:

  1. 1 ekor ayam (anggaran berat dalam 2kg)
  2. Segenggam Mixed Herb
  3. 1 biji lemon
  4. Segenggam lada hitam (tumbuk kasar)
  5. 4 sudu mentega
  6. Lobak merah (carrot)
  7. Kentang (kalau boleh pakai kentang russet)
  8. Capsicum (lada benggala)
  9. 8 biji bawang putih (cincang)
  10. Garam secukup rasa
  11. Aluminium Foil (kertas aluminium)
  12. Tali untuk mengikat kaki ayam (aku ikat pakai foil jer)

Cara-cara:

  1. Basuh dan bersihkan ayam (toskan, kalau nak cepat, lapkan dengan paper towel)
  2. Gaulkan bawang putih, mixed herb, sedikit garam dan sesudu mentega lalu sumbat dan sapu rata dalam perut ayam
  3. Belah dua lemon dan satu bahagian masukkan dalam perut ayam
  4. Ikat kedua dua kaki ayam dengan kemas agar bahan-bahan di dalamnya tidak terkeluar ketika memanggang nanti
  5. Perahkan lagi sebahagian lemon dan curahkan ke atas ayam
  6. Ambil sedikit garam, sapukan di atas telapak tangan lalu sapukan di serata bahagian badan ayam
  7. Di atas dulang pembakar, alaskan kertas aluminium, sapukan sedikit butter dan susun lobak merah, kentang dan juga lada benggala.
  8. Taburkan sedikit lada hitam
  9. Letakkan ayam yang sudah di ikat di atas  susunan lobak, kentang dan lada benggala
  10. Taburkan lada hitam (sebelum tabur lada hitam kalau nak taruk minyak zaitun pun boleh) ke serata bahagian badan ayam
  11. Akhir sekali sudukan lebihan butter
  12. Tutup loyang pembakar (nak guna apapun boleh .. paling senang pakai aluminium foil)
  13. Panggang  pada suhu 180 darjah celcius selama 1 1/2 jam
  14. Sebelum angkat buka aluminium foil dan bakar menggunakan api atas lebih kurang 15 minit atau sehingga kulit ayam garing, kemudian balik ayam dan ulangi proses yang sama.

Tips dan nota:
Untuk memastikan agar ayam sudah masak, cucuk bahagian peha ayam dengan pisau dan lihat jus yang keluar – kalau warnanya jernih, maknanya ayam sudah masak.  Kalau masih kelabu .. kena panggang lagi.

Sebelum hidangkan, lebih baik tutup dahulu ayam dengan aluminium foil selama ½ jam supaya segala aroma dan jus meresap semula ke dalam ayam untuk mengelakkan ayam yang di hidangkan kering dan kurang enak.

Boleh di hidangkan bersama butter rice atau makan saja dengan sauce samada black pepper atau mushroom

Selamat mencuba
tapi tolonglah, jangan makan 5 orang jer .. nanti mak mertua tak suka!





1 comment:

  1. Assalam Rosdi,
    hahaha..eh 5 orang makan untuk 1 ekor ayam..oklah tu..
    ayamnya pun nampak sedap gitu..boleh cuba recipe ni..kita bookmarked dulu ya..:)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...