Monday 24 March 2014

Perompak dalam bidang Kulinari….. Hear Me Out!

Let me start with this!  Ilmu itu perlu di kongsi! Lebih banyak kamu memberi lebih banyak manfaat yang kamu akan dapat.

Baiklah, ada sebab aku cakap mcm ni.  Masa aku di KL dulu, bila aku tengok majalah – majalah yang memaparkan resipi dan juga ilustrasi yang menarik aku sangat teruja untuk memiliki dan membelinya.  Walaupun keluarga aku rata-ratanya pernah menjadikan masakan sebagai pendapatan utama mereka dan menurunkan ilmu itu kepada aku…. Ini tidak menolak keinginan aku untuk memiliki majalah resipi yang banyak di jual di kedai-kedai buku.  Aku membeli majalah tersebut semata mata untuk di jadikan koleksi dan inspirasi ketika otak buntu untuk memikirkan juadah apa yang bakal aku hidangkan untuk tetamu yang bakal bertandang.

Namun, keindahan yang di ciptakan itu sekadar mengaburi mata mereka yang mungkin belum di isi dengan ilmu dalam bidang kulinari.  Cantik pada gambar, namun pengisiannya atau bagaimana mau menghasilkan juadah seindah gambar tidak pernah di paparkan dengan telus. Lompang sana sini…  Pada suatu ketika, aku pernah melanggani majalah  RASA dan SAJI yang mendahului  pasaran tempatan.  Kali pertama menghadap ke dua dua majalah terbabit, aku temui banyak kesilapan dari segi ejaan dan juga banyak info yang tidak di sertakan.  Kadang-kadang gambar yang di paparkan, bahan-bahannya tidak terdapat dalam bahan yang digunakan untuk memasak.  Juga bahasa yang digunakan tidak konsisten dan mengelirukan pembaca.  Pada asalnya, aku menganggap itu hanya kesilapan teknik dan lompang itu sekadar perkara yang terlepas pandang oleh pihak Editor! - ‘satu jawatan yang memikul tanggungjawab yang berat’! Tapi setelah memiliki beberapa edisi dan kesilapan yang sama tetap berulang, kredibiliti majalah dan juga semua krew penerbitan aku pertikaikan.  Merompak pembeli di siang hari!

Bayangkan! Mereka yang tidak mampu ke kelas masakan (walaupun bagi sesetengah daripada kita harganya tidaklah berapa mahal) ataupun mereka yang mempunyai rutin kerja yang padat dan tidak mempunyai masa yang terluang untuk mengikuti kelas. Memandangkan jadual kelas tidak dapat di selaraskan dengan waktu rehat mereka, ataupun mereka yang jauh di pedalaman yang tidak mampu untuk mengembara berpuluh kilometer demi menimba ilmu, atau yang baru sahaja mahu cuba-cuba mengasah bakat dalam bidang kulinari ataupun pastri.  Tidak kiralah, mereka tergolong dalam kategori manapun tapi tujuan tetap sama, dan juga pencapaian matlamat awal tersebut bertumpu pada satu dan yang paling murah dan mudah di dapati, iaitu Majalah Resepi! Namun jika maklumat yang disertakan tidak lengkap, tidak wajarkah kalau aku mengatakan itu semua adalah satu sindiket penipuan? Merompak wang pembeli tanpa mereka sedari? Atau menindas mereka yang masih kurang pengetahuan?

Pernah juga beberapa sahabat handai mengeluh dan menyangkakan diri mereka tidak ada bakat dalam bidang masakan gara-gara resipi yang dicuba dari majalah resipi tidak menjadi.  Bukan sekali malahan beberapa kali… bila berbincang dan dikaji, ada beberapa langkah yang di ajarkan tidak sempurna, juga beberapa bahan yang sepatutnya di masukkan tapi tidak disertakan.  Kadang-kadang, apa yang disertakan di bahagian bahan-bahan, tidak dinyatakan bila harus dimasukkan kedalam masakan. 

Kali terakhir aku melanggan majalah resepi kalau tak silap aku adalah pada tahun 2008.  Semata-mata kerana rasa tidak puas hati terhadap sidang produksi mereka.  Namun ketika menemani seorang sahabat akrab yang di kenali sejak dari bangku sekolah mengambil keputusan untuk pertukaran tempat kerja sebagai Penjawat Awam di Putra Jaya minggu lalu, aku memecah tradisi apabila membeli beberapa majalah resepi yang tidak pernah aku lihat sebelum ini.  Kali pertama!! Setelah 5 atau 6 tahun ‘memboikot’ industri ini.  Dengan teknologi yang canggih dan juga minda serta celik akal yang dimiliki oleh manusia zaman sekarang, aku beranggapan, mungkin trend telah berubah.  Mungkin mereka bersifat lebih bijak, mungkin mereka paparkan sesuatu yang lebih baik atau mungkin mereka sudah melunaskan tanggungjawab yang sepatutnya mereka sempurnakan sejak lama dahulu.  Memaparkan atau menjadi pendidik yang lebih ikhlas dan tulus.  Tapi hampa! Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali.  Ianya tidak pernah berubah .. yang bekerja semata-mata mahu makan gaji.  Tidak pernah mau memikirkan kesan dan tanggungjawab besar yang mereka galas.  Nampaknya orang orang yang sesat di laluan kulinari yang luas dan terang akan terus bertebaran di tipu oleh perompak-perompak moden di waktu siang bolong!

Dibawah ini, aku sertakan beberapa petikan dari majalah Aroma yang aku beli, tapi dicetak sambil lewa oleh Majalah tersebut.  Samada penulis nak cepat sebab sakit perut atau mungkin Editor terdelete ketika menyemak cetakan tersebut tidaklah dapat dipastikan.  Tapi yang pasti Editor-Editor ini akan memberi sepatah dua kata sebagai pembukaan dengan disertakan gambar mereka yang anggun ataupun kacak disolek  oleh Juru Solek bertauliah.  Itu sajalah yang mereka tahu dan pentingkan. Apapun, cubalah berlaku adil kepada pembeli.  Mungkin harga senaskhah majalah tersebut tidak mahal, tetapi itu tidak memberi pihak majalah satu laluan untuk menyamun wang pembeli sewenang-wenangnya.  Aku sedang meneliti majalah Sedap (yang di beli bersama majalah Aroma) dengan harapan ia boleh mengembalikan kepercayaan aku pada pihak penerbitan majalah kulinari yang semakin hari semakin bertambah.


Lihatlah Resipi Sambal Kelapa Lenggong yang di paparkan  di dalam Majalah Aroma ini, Di ruang bahan-bahan, mana kelapanya? Kemudian di bahagian Cara Penyediaan juga di mana kelapanya? Oh, lupa pula saya .. di gambar rupanya! Logik ker?



Untuk Kek Mousse Dragon Fruit ni ... untuk buat sweet crust ni ada dinyatakan bahan-bahannya, tapi bila cara penyediaan tiba tiba ada biskut yang di ramas sedangkan tidak dinyatakan pada bahan-bahan.  Bagi kita yang dah tau, mungkin ini tidak memberi masalah yang besar.. tapi bagi yang baru mula bertatih? Tak ke pembohong tu namanya?



Untuk chiffon kek ni, ntah berapa kali masuk oven, lepas tu dah keluarkan dengan pisau dan hias kek, lepas tu keluarkan dari oven dan terbalikkan kek (redundant process) ... dah hias lepas tu terbalikkan kek? Kerja gila... aku pun tak faham.  Proof reading apa yang dia orang buat or somehow nentah apa yang editor check sampai kesilapan yang simple macm ni boleh berlaku, walhal .. tiga kesilapan ini aku jumpa tak sampai setengah muka surat dari keseluruhan majalah aku belek.  Bosan dengan kerja sambil lewa ni, aku campak jer majalah ni kat bahagian recycle paper kat dapur.  Boleh buat alas bontot periuk yang hitam tu.... layakla!

Mungkin apa yang aku bebelkan di sini tidak akan memberi impak kepada seluruh produksi penerbitan, juga tidak akan menurunkan statistik jualan majalah mereka, tapi sebagai salah seorang pengguna, aku rasa aku juga punya tanggungjawab yang perlu aku lakukan.  Bukan niat menjadi pembela, tetapi aku harus memberitahu kepada mereka bahawa hak mereka sebagai pembeli tidak boleh di pandang ringan.  Itu tanggungjawab pihak penerbitan.

Cukuplah! Penat pulak membebel ni.  Tahniah dan sekalung penghargaan pada Chef Wan sebab rakan-rakan yang aku hadiahkan buku masakan beliau memberitahu resipi yang mereka cuba dari buku "Simply Sedap Chef Wan" menjadi dan enak! 










Tuesday 11 March 2014

Kek Pisang Se Gebu Ross Eunos


First thing first nak mintak maaf…amik gambar tu unintentionally… Housemate aku cakap macam terposing lucah.. no pun intended, seriously!  Nak gantikan dengan yang lain.. all pisang’s gone.  Jadi terpaksala contented with that one.

Asalnya, beli pisang ni nak buat ‘banana and peanut butter with chocolate coating’ untuk Wan Chu Ping, tapi our meeting was cancelled sbb husbandnya ajak balik kampung, ada urusan sikit.

ToH’s been bugging me to buat kek pisang ni since last few weeks and Cik Zarafhyze pulak sibuk nak makan jemput pisang.  Seriously, I am torn between keinginan  of these 3 people that I love in my life.  Nasib baik Abg Man pulak jenis tak kisah…. "Apa apa pun kita boleh telan.." katanya!! Bila masuk dapur, mata terus ternampak butter, nampak gayanya ToH’s winning this time.  Kek Pisang la jawabnya! Resipi kek pisang yang aku selalu buat dah tak tau kemana, aku rasa aku dah terjual dengan dengan netbook aku sekali.  So, I am creating this one dengan harapan menjadi and yes! berkat keikhlasan hati aku, menjadi jugak akhirnya. (berangan terrer la sangat!)

Follow these very simple steps and I can guarantee 99% that ianya akan menjadi kalau korang ikut this recipe!

Bahan-Bahan
1.   300 gm tepung naik sendiri
2.   250 gm butter
3.   210 gm gula kaster
4.   2 sudu makan vanilla essence
5.   4 sudu makan susu cair (fresh ke sejat ke 

      hentam saja – depends on apa yg korang 
      ada dalam fridge)
6.   4 biji telur saiz B
7.   4 biji pisang (kalau korang tak sure besar 

      mana, korang boleh measure, kasi sama       
      berat dengan tepung lebih kurang 300 – 
      350gm) – lenyekkan bersama vanilla essence

Cara-cara
1.   Pukul telur ngan gula sampai kembang , pucat 

      dan ringan
2.   Lepas tu taruk butter dan pukul hingga sebati
3.   Lepas tu ikut korang nak taruk apa dulu … 

      peringkat ni dah tak der pantang larang… 
      asalkan masuk semua bahan
4.   Sapu butter pada Loyang, masukkan adunan 

      dan bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama       40 – 50 minit


** You are Done! Simple kan? **

Tapi for us the experimentation did not end there. Once dah masak, tanpa sabar dan tanpa menunggu sejuk… kita orang dah bedah kek tu, sebab tu korang tengok dia masih crumbly.  

ToH with his quest nak layeredkan the banana cake dengan Nutella spread! (mentang-mentangla aku ada dua jar nutella besar – tetap dia nak khianat jugak).  

As for Zarrafhyze pulak, nak makan ngan aiskrim… tak paham aku diorang ni. Weird tastebuds .. aku just makan yang plain aje.

When I dig my teeth into the texture.. aku rasa macam touching myself jerk! Alamak.. betul ke ayat ni? Hehe I mean, gebu, milky .. and enak! You can always try if you are wondering whether you have the same citarasa macam aku!

p/s : ToH punya chocolate dollop on the plate nampak mcm tadpole ... hehe






Nota dan Tips
  • Kalau pisang yang korang nak gunakan tak berapa masak, korang boleh cuba this method.  Ambil sebijik epal, masukkan dalam zip-lock plastik dengan pisang yang tak berapa masak, seal dan biarkan dalam 3 atau 4 jam … the acidic content that the apple releases akan mempercepatkan proses meranumkan pisang tersebut
  • To be more adventurous, korang boleh tambahkan other ingredients mcm walnut cincang (don’t be more than 100 gms), boleh juga taruk cranberry, raisin, prune or even parutan kulit oren.  It will add on to the taste the gist of a subtle nutty and citrusy flavour.
  • Boleh tukarkan butter kepada minyak jagung dengan timbang berat yang sama


Monday 10 March 2014

Misconception of Exercising and perangai kawan aku sekor!


   It was a beautiful Saturday morning (well, kalau tak cakap mcm tu tak sedap pulakk entry nanti kann?). Kak Wan slept over at our place.  The night before, we planned to have a brisk walking session at Hutan Bandar, just to bagi semangat to Kak Lynn that’s been complaining about her swollen leg and have been worrying sick about her health condition.  Kadang kadang menyampah jugak dengan dia! Despite our advises (ye lah kita bukannya doctor) to have her health checked and to live a more healthy lifestyle.. tetap dia tak mau juga!! Her days are spent idling with her Note 2 in her hands and messaging or social media-ing non-stop while lying down in bed doing nothing! All she cares about is flirting on-line, eating, smoking and lazing around – even the laundry was left unattended for 4 to 5 weeks! At times I felt disgusted but due to the friendship and bond that we had over the years, nak tak nak I have to close one eye. Perhaps I could tolerate it for another two-months or perhaps by next week if she doesn’t shows any progress I could grab her by the hair and drag her out to the yard to mow the lawn, cut down the banana trees in the front yard or pick grass from both the front and the backyard.  (Gawd! I could feel smoke coming out from my head as I’m writing this. Marah pon kira exercise jugak kan?)


   Sebelum idea menulis aku hilang, lets go back to cerita asal tentang exercise tu.. At 11pm, Kak Lynn and Kak Wan bid good night and went to bed.  Kak Wan promised to wake us up at 6am.  Due to my unpredictable sleeping pattern, I could not sleep that night, at least not until its 5 am (yawns).  When I heard Kak Wan knocking the door, I sleepily said to her to give me another 5 minutes but considering that she has made this effort, I quickly went to have my shower and feel refreshed!

   A new day’s dawning!  The aromatic smell of hot tea brewed by her shedded off any remaining feeling of reluctantness in me. I glanced over the louvred window and saw the beautiful blue morning sky and thought to myself that this morning could be nice… to breathe fresher air in the park later.  Waking Kak Lynn up had spoiled some of the excitement and perhaps it is the chore that I would never want to partake ever again!  We got out of the house at slightly after 7.30am despite the original plan of 6.30am! 1 hour late! This is all because of the umpteenth, thousands of excuses she had given to cancel the plan! Imagine… an hour late ni pon dia tak mandi lagi, if she bersiap and all? We could have our first step in the park at 11.59am!  If it’s not against the law, I would definitely have squeezed her into her laundry basket and dump her into the washing machine, just to let it spin her brain to clean all her ‘dirty-lazy-self’ and then tumble dry out her messy-lazy-schedule to a smooth and crisp clean finish!! I still feel the anger in me – even now! Too many a times I would calm myself down by saying “kak lynnnn, kak lynnnnnn” while shaking my head…

   When we finally got to Hutan Bandar, the place was already bustling with people… Mostly tua tua ganyut la (just despising them because I’m nearly as old.. haha). We had (okay not going to lie here) a nice walking session by joking around with each other while breathing in the cool air and not to mention the ‘cuci mata’, but too bad ... only a few that can quench this extremely thirsty eyes, but that’s that, as mostly came with their partner! (So you could keep your ‘flirting’ mood aside Rosdi!)

   We took about one hour to complete our light exercises and after that ToH suggested to head home to freshen up but the rest of the gang insisted that we head for breakfast. Hutan Bandar food court was our next stop.. 

The pictures below are self-explanatory! You go and have light exercise and yet you have a heavy breakfast afterwards.. and that is not all …Once we reached home … we had this Gordon Ramsey version of Croissant, Smoked Beef and Scramble eggs for another ‘Self-Fattening’ session (lapar lagi katanya!)




Now I allow you people to judge us, tak guna exercise kalau melantak selepas tu kann? I won’t fight back this time… Yes only this one time..




Friday 7 March 2014

Finger Food - Beef Patisserie Roll sekehendak hendak hati korang!



          Daripada mana agaknya datang istilah Finger Food ni?  Aku pun tak tau… adapun finger food ni bukanlah makanan untuk jejari, melainkan kalau mengikut definasinya adalah makanan yang  di hidangkan atau digayakan agar ia mudah di nikmati dengan menggunakan jari … tak perlu sudu, garfu, chopstik ataupun kaki.  Get the idea?

            Mungkin di Malaysia kita boleh katakan pisang goreng, keropok goreng, jemput jemput dan sewaktu dengannya sebagai finger food.  Logik tak? Lantaklah… aku rasa boleh kot.. lainlah kalau korang ada idea yang lebih baik untuk klasifikasikan hidangan yang aku cakapkan tadi… kalau tak korang iyakan aja lah yer?!


            There are two reasons why aku buat this finger food.. Idea asal nya ToH beli daging cincang and Roti Peranchis dalam misi nak membuat Roti John… tapi harammmmm!!! Dia  tak jadi sebab tukar plan last minit, hujung hujung terperesok dalam fridge.  Aku punya habit pulak tak suka biarkan barang simpan terlalu lama dalam ruang sejuk beku, takut nanti rasa air batu yang lebih. Roti perancis tu pun kalau simpan lama lama boleh dijadikan kayu rounders ataupun kayu kriket.  So terpaksalah create recipe baru in my head using these two things.  


            Tengah syok melayan facebook ngan adik beradik aku, idea pun mari (alamak terslang mamakla pulak).  Teringat yang ToH hadiahkan aku Food Processor alongside with a new two door fridge for my Birthday… Kat atas kepala dah keluar mentol lampu tiba tiba .. hehe … aku pun patah-patahkan Roti Perancis tu dan campakkan dalam food processor untuk buat breadcrumbs (so tak payah susah-susah aku nak beli!).  Then ‘thaw’ daging cincang, cekak pinggang and think whether aku nak buat this with a dash of Asian taste or Western.  

Anyways, here’s how I do it 

Bahan-bahan
1.    Kulit Puff Pastry  (tak kisah size sbb boleh 
       potong potong)
2.    400 gm daging cincang
3.    1 biji bawang Holland (amik yang besar sikit 
       dan cincang)
4.    sedikit minyak zaitun
5.    segenggam mixed spice
6.    4 sudu worcesteshire sauce
7.    sedikit garam
8.    3 sudu tomato puree (tomato sauce pun boleh)
9.    1 biji telur (pukul sedikit)
10.  2 genggam serbuk roti (bread crumbs)



Cara-cara
Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang sehingga naik bau dan layu.  

Masukkan mixed spice, garam dan worcesteshire sauce dan gaul sehingga sebati dan goreng sehingga daging masak lalu angkat dan sejukkan (sebelum angkat rasa dulu daging samada sesuai dengan citarasa anda … kalau ada apa apa yang kurang boleh segera adjust)

Masukkan tomato puree, telur yang telah dipukul dan serbuk roti lalu uli sebati sehingga boleh di bentukkan menjadi sosej sosej kecil

Canaikan ‘puff pastry’ nipis nipis, letakkan sosej di atasnya dan gulung dengan sapukan telur yang dipukul di hujung gulungan supaya ia tidak terbuka
Ulangi proses sehingga habis
Setelah selesai, sapukan sedikit telur di atasnya dan taburkan bijan (aku tak buat sebab bijan kat rumah dah tinggal sesudu jer, so berpuas hati jela dengan sapu telur jer kat atas


Bakar pada suhu 170 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga masak.  Bergantung pada ketebalan sosej dan puff pastry yang korang canai






Lepastu apa lagi!!!  Gunakan JEJARI anda untuk menikmati makanan ini
** Selamat mencuba **


Nota dan tips :-
  • Bila mencanai pastry, jangan lupa taburkan sedikit tepung agar tidak melekat
  • Kalau ada mesin pembuat pasta, gelek jer ngan mesin tu lagi senang dan konsisten
  • Kalau korang nak ubah mengikut selera Asia, boleh gantikan mixed spice dengan jintan dan ketumbar serta serbuk paprika
  • Kalau bercadang untuk jadikan ini sebagai hidangan untuk tetamu istimewa, setelah siap menggulung, potongkan hujungnya agar sosej daging tersebut selari dengan pastry agak Nampak lebih menarik (aku tak buat sebab nak cekik sendiri, jadi tiada pembaziran di sini
  • Daun ketumbar juga boleh di masukkan dalam adunan daging untuk rasa yang lebih masyukkk!!


Tuesday 4 March 2014

Mixed Berry Layered Steam Cake

            Apa?? Kek Lapis Kukus lagi?  Aku pun tak tau kenapa semenjak dua menjak ni tangan asyik gatal nak melapis kek, walhal bukan rajin pun.  Bukannya aku lapis nipis nipis, tapi tebalnya boleh buat tilam hah! Hehe. Puncanya, masa beli makanan proses kat ‘Giant Supermarket’ aku ternampak beri campur ni.  Packetnya mengujakan.  Tapi bila bukak jer, mengecewakan, dah la mahal.  Segala beri pulak masam mcm minum cuka.  Aku taula itu semua barang import, tapi ‘Jabatan Pembelian’ Giant pun kenala jugak cari barang yang sekurang kurangnya tidak mengundang rungutan pelanggan kan?  Bila main asal-boleh jer, jawabnya simpan sendiri la stok tu, buat perhiasan sampai tamat tempoh.

            Bila aku thaw jer beri tu … dia punya lembik, mengalahkan dadih yang jual kat Bazaar Ramadhan, bila angkat jer, relai satu satu bijik Mulberi tu. Bila dah tahap macam ni, jangan ceritala .. pedih hati aku ni tak payah nak kira.. nak jer aku ramas ramas beri tu lepaskan geram sambil aku bayangkan aku sumbat mulut staff yang ordertu .. nak tengok dan kira berapa kedut kerut kat dahi dia menelan betapa masamnya beri tu.  Tapi yela.. tu semua imaginasi orang tengah marah campur stress kan? Last last aku buat jugak walaupun dalam hati nyanyi nyanyi lagu 3 suara ‘Beribu Sesalan’ tu.  Kalau aku tau beli prune lagi bagus…

            Dalam ketidak puasan hati yang tengah panas membara tu, aku capai la jugak segala peralatan untuk buat kek lapis tu …

Bahan-bahan
1.    8 biji telur (Size B)
2.    250 gm gula kastor
3.    2 sudu teh ovalette
4.    250 gm tepung kek
5.    2 sudu teh esen vanilla
6.    100 ml susu (sejat boleh, segar pun  

       bolehlah)
7.    150 gm butter – cair dan sejukkan
8.    200 gm buah beri campur
9.    Pewarna ikut suka hati nak yang mana


Cara-cara
1.   Pukul bahan 1 – 5 dengan kelajuan tinggi
      sehingga adunan kembang dan ringan
2.   Masukkan bahan 6 & 7 dan pukul sekejap 
      lalu bahagikan adunan kepada 3 bahagian
3.    Biarkan satu bahagian warna asal dan dua lagi 
      campurkan pewarna yang korang suka
4.   Griskan Loyang kek 7” atau 8”, alaskan dengan 
      kertas kaca atau plastik
5.    Tuangkan separuh daripada salah satu adunan 
      kek dan taburkan beri campur di atasnya lalu 
      kukus sehingga masak (10 – 15 minit)
6.   Selepas itu tuangkan separuh lagi adunan 
      berlainan warna dan taburkan beri campur 
      di atasnya dan kukus hingga masak (ulangi 
      proses ini sehingga semua adunan selesai)
7.   Untuk lapisan yang ke 5, habis kan ke semua 
      beri campur – dan akhir sekali tuangkan lapisan 
      ke 6 untuk  menutupi keseluruhan beri tersebut.
8.   Kukus hingga masak… biarkan sejuk barulah keluarkan dari Loyang kek, potong dan hidangkan.


** TaaDaaaa **


p/s : dalam kesakitan hati dan berimaginasi nak meramas beri nak kasi staff Giant cekik tu... 
last last aku memang ramas jugak .. kalau korang perasan  dalam gambar pertama 
tu ada satu mug air, tu ler air ramasan lebihan beriyang aku masak bersama teh lipton .. 
Sedap gak!  Sambil makan kek tu habis la jugak se'jug' air teh beri!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...