Tuesday 4 January 2011

Koleh Kacang

Dah beberapa hari dah kita menyambut New Year, tapi biasala aku, tak pernah ada azam baru sejak berbelas belas tahun dulu. Sebabnya aku tau, aku ni bukan a man of my word and I’ve never keep the promise I’ve made. Kebiasaannya tahun baru means nothing pada aku kecuali hari cuti, so I could laze around the house and daydream... ohhh tell me about it, aku memang peng’impi’ yang sangat tegar. Sampai kadang-kadang aku impikan jadi gangster dan wipe out musuh musuh aku yang selama ni aku takut or somebody that I hold grudges and never had the chance to get at them. Teruk kan aku ni?

Well, last week agak sibuk juga... the whole stretch of weeks aku ada order. From Majlis Aqiqah, Gathering sampailah wedding pada Ahad lepas. Tak ada rest and as a result, aku demam. Not sure if aku demam because of tak cukup rehat or antibody aku tengah lemah.

Sekejap tadi, on the way balik dari kedai, ada sorang akak telefon aku. Katanya dia makan kuih yang aku buat untuk majlis resepsi kat rumah Kak Ella (orang yang order kuih ngan aku untuk wedding anak dia). Dia tanya pasal price kuih... katanya dia terkenang kenang kat kuih koleh kacang yang aku buat hari tu and nak order seloyang. Tapi aku cakap that I never do a delivery if the quantity is below 100 pieces. Tapi aku suggest dia buat sendiri and aku boleh kasi resepi... memandangkan dah ada yang mula menanya pasal resepi, aku rasa aku dah boleh mula sertakan sekali resepi-resepi kuih yang aku buat kat sini... if ada yang tanyala. Otherwise, aku just merapu ikut sedap mulut jer.. hehehe.

Lucky enough that almost everytime aku ada order, aku snap gambar... only if aku tak cukup masa aku skip. Dah berlambak lambak gambar dalam camera si Ariff yang aku belum gunakan. And lucky jugak since aku nak sertakan resepi ni, aku ada gambar yang aku boleh sertakan sekali. Untuk akak (apa ntah – tak ingat nama), aku dah kasi resepinya over the phone tapi sertakan sekali kat sini should next time ada orang tanya lagi aku suruh refer kat sini jer.

Resepi Kuih Koleh Kacang – Untuk Loyang 10’ x 10’

300gm tepung kacang hijau (gunakan yang dia orang goreng sekali dengan kulit; yang putih tu mcm geli jer nanti nak makan
1500 ml Santan (korang beli jer at kedai yang RM 1 tu and campur dengan air sampai jadi 1.5L
260gm gula
14gm garam
Tahi Minyak
Daun Pandan (Optional)

Cara2:-

Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga tidak berbintil2. Kemudian jerang atas api hingga likat, bila dah menggelegak, perlahankan api sedikit supaya tak mercik dan kena tangan korang semua nanti. Kemudian kacau lagi sampai berkilat, menunjukkan yang santannya telah masak. Lagipun kalau kacau lama sikit, koleh kacang ni boleh tahan lama. Angkat dan tuangkan ke dalam Loyang... taburkan tahi minyak... tekan sikit supaya tahi minyak lekat pada kuih. Sejukkan baru la di potong.

Cara membuat tahi minyak :-

Perah santan pekat dari kelapa parut.
Jerang atas kuali sambil di kacau sekali sekala
Angkat bila tahi minyak dah berketul dan bewarna keperang perangan
(ada orang campurkan garam sedikit pada santan ni, mungkin untuk buat dia tahan lebih lama kot)

It was said that koleh kacang ni berasal dari Johor, sejauh mana betul atau tidaknya, aku tak tau. Yang aku tau makan aja, and buat koleh kacang ni aku belajar dari kawan mak aku. The original recipe that was taught to me, ada taruk sikit tepung lain... tapi tak ingat tepung apa.. aku belajar buat kuih ni taun 2003 kalau tak silap, and it was quite a hit back then. Tapi my recipe tak guna tepung yang lain... malas nak renyah renyah. Kalau korang rajin, tepung kacang hijau ni pun boleh buat sendiri. Tapi proses dia makan masa yang agak lama jugak la... korang kena sangai/sangrai/goreng tanpa minyak kacang hijau ni sampai dia garing... then kisar, baru la boleh buat koleh kacang ni...

For the blog readers, here are the gambar of the Koleh Kacang so that korang tau how does it looks like...

Harga Kuih Ni Seloyang RM 18.00

SELAMAT TAHUN BARU UNTUK PEMBACA PEMBACA BLOG SEKELIAN





On that wedding day, Kak Ella order 4 jenis kuih ... Koleh Kacang, Seri Muka, Talam Suji and Bingka telur, alas Bingka telur dah di hantar and tak sempat amik gambar... berpeluh juga nak menyiapkan 1200 bijik kuih sementelah lagi dapur aku tu kecik.. naik terjojol bijim mata.. hehe

4 comments:

  1. cantik gambo kole kacang!! dengar cite, kole kacang ko "hot" kt majlis tuh..

    ReplyDelete
  2. wehh aku suke segala kuih yg tertera di sini.. di.. nanti aku bawak MD jumpa ko ek.. aku pun sekali sekala jek ( rasanya 2 kali setahun ) menego si MD di YM.. ko nak dengar aku membebel ek? tungguuuu!
    P.s aku rasa cam nak order kuih ngan ko.. tapi tgh pk kuih apa yg paling sedap dan mengikut taste aku.. ko ada apa2 cadangan tak?

    ReplyDelete
  3. kole kacang ini asal kuih orang Kelantan sebenar...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...